Bio~Ever Nano Cream
·
Bio~Ever
Nano Cream menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan
rumusan aktif bersaiz nano seperti Pegaga (Centella Asiatica), Wild Yam
(Dioscorea Villosa) dan Kacang Soya (Glycine Soja) secara terus ke dalam
darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Saiz liposom yang kecil
boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan
tepat ke dalam badan. Pegaga menggalakkan penyembuhan luka dan
merangsang sintesis kolagen. Wild Yam dan Kacang Soya pula mengandungi
rumusan yang boleh mengaktifkan hormon tumbuh-tumbuhan yang mirip dengan
aktiviti hormon badan.
Bagaimanakah Bio~Ever Nano Cream mempengaruhi badan kita?
Kacang
soya dalam Bio~Ever Nano Cream mengandungi zat-zat semula jadi dan
bahan-bahan antioksidan yang serupa dengan hormon wanita yang amat
berkesan dalam mengatasi proses penuaan. Diosgenin yang terdapat dalam
Bio~Ever Nano Cream pula dapat mengaktifkan hormon-hormon badan seperti
progesteron, testosteron, kortisol dan sebagainya. Hormon-hormon ini
dapat menyelaraskan sistem badan termasuklah fungsi metabolisme dan
sistem saraf, di samping melambatkan penuaan organ-organ badan dan
memelihara fungsi fisiologi badan. Selain itu, rumusan yang terkandung
dalam Wild Yam (Dioscorea Villosa) dapat memelihara kelenjar tiroid,
kelenjar adrenal, ovari dan testis serta kelenjar-kelenjar endokrin yang
lain dan membolehkan kelenjar-kelenjar ini berfungsi secara lancar,
seterusnya menggalakkan sistem hormon berfungsi dengan baik dan
memperoleh badan yang sihat.
Bagaimanakah tahap penyerapan Bio~Ever Nano Cream?
Masa
penyerapan adalah kira-kira 2-3 minit bagi selepas haid berhenti
sehingga 7 hari sebelum bermulanya haid yang seterusnya. Selepas ini,
masa penyerapan akan dipercepatkan di mana ia hanya memerlukan 15 saat.
Tahap penyerapan yang lebih cepat ini menunjukkan badan manusia
mempunyai lebih banyak hormon untuk diagihkan ke setiap kelenjar
endokrin. Biasanya, Bio~Ever Nano Cream diserap dengan lebih cepat dalam
tempoh 7 hari sebelum bermulanya haid.
Apakah cara penggunaan Bio~Ever Nano Cream?
1) PERINGKAT AWAL
Cuba
pada kulit dengan kuantiti yang sedikit, perhatikan sama ada berlakunya
keadaan alergi. Sekiranya tiada, anda dicadangkan untuk menghabiskan
sebotol dalam masa 6 hari. Untuk mendapatkan kesan yang optimum dalam
masa yang singkat. Namun sekiranya berlaku alergi, anda dinasihatkan
untuk menggunakannya pada waktu pagi dan malam. Anda juga diingatkan
untuk meminum air yang banyak, banyak bersenam dan mendapat rehat yang
cukup.
2) TEMPOH PENJAGAAN
Ia bergantung pada
keadaan individu sama ada untuk meningkatkan atau mengurangkan
penggunaan Bio~Ever Nano Cream. Anda dicadangkan untuk menggunakannya
setiap hari pada waktu pagi dan malam. Ia sesuai untuk kegunaan jangka
panjang dan tidak akan menyebabkan ketidakselesaan.
Mengapakah kesan Bio~Ever Nano Cream lebih baik daripada ubat-ubatan lain sedangkan ia hanya disapu pada kulit? Adakah ia ubat?
Bio~Ever
Nano Cream bukan ubat dan ia tidak mengandungi sebarang unsur
ubat-ubatan. Ia menggunakan teknologi penyerapan di mana aloe vera
digunakan untuk melembutkan keratin dan membuka liang-liang roma. Minyak
kacang soya iaitu liposom yang mengandungi unsur-unsur diosgenin akan
dihantar ke bahagian kulit diikuti dengan kitaran mikrovaskular yang
akan menyelaraskan fungsi-fungsi badan. Maka, penggunaan Bio~Ever Nano
Cream membawa kesan yang lebih baik di mana cara penggunaannya adalah
berbeza dengan ubat-ubatan lain.
Adakah Bio~Ever Nano Cream merupakan ubat?
Tidak.
Kandungan utama Bio~Ever Nano Cream ialah kacang soya dan wild yam
(Dioscorea Villosa) serta Vitamin E, pegaga (Centella Asiatica) dan aloe
vera di mana kesemuanya terdiri daripada komponen makanan. Dioscorea
Villosa ialah herba tradisional bergred tinggi yang boleh diaplikasi
secara luaran. Bio~Ever Nano Cream yang dihasilkan dengan menggunakan
rumusan aktif melalui teknologi tinggi ini memudahkan penggunaannya.
Selain itu, ia merupakan produk penjagaan kulit yang dapat menyelaraskan
fungsi fisiologi badan, namun ia bukanlah ubat.
Adakah
Bio~Ever Nano Cream harus digunakan secara berterusan? Sekiranya
penggunaan dihentikan, adakah ia akan mengakibatkan keadaan kulit dan
fungsi badan menjadi lebih teruk?
Bio~Ever Nano Cream
kaya dengan hormon semula jadi yang bersifat tumbuh-tumbuhan. Bagi
mereka yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, proses penuaan
akan berlaku dengan cepat. Penggunaan Bio~Ever Nano Cream dapat membantu
menyelaraskan sistem endokrin badan, mencegah dan melambatkan proses
penuaan. Penuaan merupakan satu proses yang berlaku bersama-sama dengan
usia kita. Berikutan dengan peningkatan usia, proses penuaan berlaku
dengan lebih cepat menyebabkan fungsi badan semakin lemah. Oleh itu,
penggunaan Bio~Ever Nano Cream secara berterusan dapat memulihkan fungsi
badan secara perlahan-lahan dan memelihara badan supaya berada dalam
keadaan yang paling optimal.
Adakah penggunaan Bio~Ever Nano Cream akan menyebabkan badan terlalu bergantung kepada produk?
Tidak.
Bio~Ever Nano Cream tidak akan menggantikan fungsi dalam sistem
endokrin dan organ-organ badan. Ia menjaga keseimbangan kelenjar
endokrin, membenarkan kelenjar dan organ badan mempunyai hormon yang
mencukupi dan seterusnya memulihkan kesihatan badan seseorang. Fungsi
Bio~Ever Nano Cream ialah menjaga kesihatan organ-organ badan, maka ia
tidak akan menyebabkan masalah kebergantungan terhadap produk.
Bolehkah Bio~Ever Nano Cream digunakan semasa kedatangan haid?
Boleh.
Digalakkan untuk teruskan penggunaannya walaupun berlakunya
ketidakselesaan. Bio~Ever Nano Cream juga sesuai digunakan oleh kaum
wanita yang telah mengalami menopaus.
Adakah penggunaan Bio~Ever Nano Cream akan mengakibatkan haid datang awal atau tertunda?
Progesteron
yang semula jadi akan menyelaras keadaan fisiologi badan kembali kepada
normal. Dalam penyelarasan hormon pada peringkat awal, masa kedatangan
haid mungkin akan mengalami perubahan disebabkan oleh keseimbangan
hormon bagi setiap individu adalah berbeza, namun ia akan kembali normal
selepas itu.
Adakah ibu yang sedang menyusu sesuai menggunakan Bio~Ever Nano Cream?
Para
ibu yang sedang menyusu tidak digalakkan untuk menggunakan Bio~Ever
Nano Cream kerana Dioscorea Villosa akan terus diserap oleh bayi melalui
susu ibu. Ini akan menyebabkan gangguan dalam sistem pencernaan kerana
sistem pencernaan bayi masih belum sempurna.
Sekiranya
wujud masalah seperti gatal, kemerahan, sakit kepala, kentut, lecet dan
lain-lain simptom yang tidak menyenangkan, adakah ia alergi atau kesan
sampingan?
Segala simptom-simptom yang timbul selepas
penggunaan Bio~Ever Nano Cream bukanlah alergi ataupun kesan sampingan.
Ia merupakan reaksi yang timbul semasa proses detoksifikasi badan
manusia dijalankan. Gunakannya secara berterusan. Segala simptom yang
tidak menyenangkan akan hilang selepas proses penyelarasan badan
dijalankan (berdasarkan fizikal seseorang, kira-kira 7 hari – satu
bulan).
Bolehkah Bio~Ever Nano Cream digunakan oleh kaum lelaki?
Boleh.
Dioscorea Villosa dalam Bio~Ever Nano Cream merupakan ubat tradisional
bergred tinggi yang sesuai digunakan oleh kedua-dua kaum lelaki dan
wanita. Ia dapat ditukar kepada hormon lelaki iaitu testosteron.
Dioscorea Villosa bukan sahaja dapat memelihara kelenjar tiroid,
kelenjar adrenal dan testis malah dapat meningkatkan fungsi fisiologi
badan, membolehkan kaum lelaki mempunyai badan yang lebih kuat.
Bolehkah Bio~Ever Nano Cream digunakan oleh kanak-kanak?
Kanak-kanak
yang belum memasuki peringkat akil baligh tidak digalakkan untuk
menggunakan Bio~Ever Nano Cream. Ia sesuai digunakan oleh kanak-kanak
perempuan yang telah mengalami haid pertama serta kanak-kanak lelaki
yang telah mempunyai perubahan seksual dan suara yang jelas.
Kandungan Utama >>>
Pegaga (Centella Asiatica), Wild Yam (Dioscorea Villosa), Kacang Soya (Glycine Soja), Resveratrol
Keberkesanan >>>
- Kaya dengan antioksidan dan anti-penuaan.
- Kaya dengan diosgenin yang boleh mengaktifkan hormon, membantu menggalakkan kadar metabolisme dan menyelaraskan sistem saraf.
- Memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, ovari dan testis serta kelenjar-kelenjar endokrin yang lain.
- Meningkatkan daya stamina dan tenaga
No comments:
Post a Comment